Page 20 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 20

2.9     Mesyuarat bersetuju melantik ahli-ahli berikut untuk mengira undi:

                               i.   Sathuraman A/L Thambirajan (AB239) sebagai Ketua
                                    Pengira Undi;

                              ii.   Rodzlan Bin Abdul Rahman (R230-S1), Ir. Ts. Ahmad Nazir
                                    Bin Kamaruddin (A477), Mohd Khairul Fahmi (PM614-0) dan
                                    Jacqueline Ng Sau Peng (N135) sebagai Pengira-Pengira
                                    Undi; dan

                              iii.   Lim Song Huat (PM484) dan ,5 Gopal Narian Kutty (G023)
                                    sebagai Pemerhati.

                                                                                                                       Makluman

             3.0    MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
                    KALI KE-28 YANG TELAH DIADAKAN PADA 26 Ogos 2023

                    3.1     YBhg. Datuk  Wira Pengerusi membentangkan Minit  Mesyuarat
                            Agung Tahunan KGPA Kali Ke-28 yang telah diadakan pada 26
                            Ogos 2023. Beliau memaklumkan bahawa minit mesyuarat tersebut
                            telah diedarkan kepada semua ahli dan dimuatkan dalam buku
                            Laporan Tahunan 2023, di muka surat 13 hingga 24.

                    3.2     YBhg. Datuk Wira Pengerusi seterusnya meminta seorang ahli yang
                            berkelayakan, iaitu ahli yang mempunyai hak bersuara, untuk
                            mencadangkan penerimaan minit mesyuarat tersebut, serta seorang
                            ahli lain untuk menyokong cadangan tersebut. Nama dan nombor
                            ahli yang mencadangkan dan menyokong cadangan tersebut
                            direkodkan untuk tujuan rasmi.

                    3.3     YBhg. Dato' Noh Hj. Abdullah (BN081) mencadangkan Minit
                            Mesyuarat Agung Tahunan KGPA Kali Ke-28 yang telah diadakan
                            pada 26 Ogos 2023  diterima dengan disokong oleh  En. Zulkifli
                            Zakaria (Z077).

                    3.4      YBhg. Datuk  Wira  Pengerusi mengumumkan bahawa Minit
                            Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 yang diadakan pada 26 Ogos
                            2023 telah diterima.
                                                                                                                           Makluman









        20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25