Page 25 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 25

mereka beriadah, bersenam dan beramah mesra antara satu
                                       sama lain.

                              9.2.3   Ir. She Tian Hock (S201) mencadangkan supaya Peraturan
                                       Membuka Padang  Golf Lake kepada Pejalan Kaki
                                       dikembalikan sekali lagi di mana pejalan kaki boleh berjalan
                                       bermain golf pada setiap pagi dari Isnin sehingga Jumaat,
                                       iaitu dari jam 7:15 pagi sehingga 9.07 pagi kecuali cuti umum.
                                       Hal ini kerana, terdapat ramai ahli KGPA adalah pesara dan
                                       berusia yang ingin berjalan  kaki setiap pagi demi untuk
                                       bersenam dan menjaga kesihatan mereka. Kebanyakkan
                                       kelab kelab lain di Lembah  Klang membenarkan ahli  -ahli
                                       mereka berjalan kaki untuk bermain golf tanpa larangan
                                       setiap hari bekerja.

                              9.2.4   Tuan Setiausaha Kehormat menjelaskan kepada tiga
                                       cadangan yang dibentangkan oleh ahli-ahli berkenaan
                                       dimana pada tahun 2014, penambahbaikan lapangan Forest
                                       telah dijalankan dan AJK pada ketika itu memutuskan untuk
                                       membenarkan pejalan kaki menggunakan lapangan Lakes
                                       pada sesi pagi bermula jam 7.15 pagi sehingga 8.00 pagi.
                                       Namun setelah kerja-kerja di Forest siap sepenuhnya,  Ahli
                                       Jawatankuasa Am tidak menarik semula peraturan
                                       berkenaan.     Dalam      mesyuarat     Penyelarasan      Ahli
                                       Jawatankuasa Am pada 28/12/2023 telah memutuskan
                                       bahawa kemudahan pejalan kaki di lapangan lakes dari 7.15
                                       pagi – 8.00 pagi ditarik balik dengan alasan berikut;

                                  i.   Kelab dapat menambahkan pendapatan RM258,720.00
                                       setahun dengan pengiraan berikut:












                                 ii.   Membuka lebih banyak slot  terutamanya pada waktu pagi
                                       bagi mereka yang ingin menguna bugi dan bermain 18
                                       lubang. Pejalan kaki hanya bermain 9 lubang saja, dan ia
                                       merugikan slot bagi penguna bugi yang hendak bermain 18
                                       lubang.




                                                                                                              25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30