Page 30 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 30
v. Encik Noor Dellhan Bin Yahaya (N279) – 129 undi
vi. Encik Lean King Keong (L291) – 126 undi
11.2 YBhg. Datuk Wira Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah
kepada calon-calon yang telah dipilih. Beliau berharap mereka dapat
memikul amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh ahli-
ahli dengan penuh dedikasi dan komited tanpa mengira waktu.
11.3 YBhg. Datuk Wira Pengerusi menjelaskan bahawa bagi
melengkapkan barisan Ahli Jawatankuasa Am bagi Sesi 2024 –
2026, Ketua Setiausaha Negara yang secara automatik merupakan
Presiden KGPA, mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana
penjawat awam atau ahli KGPA sebagai Presiden KGPA selepas
pembubaran Ahli Jawatankuasa Am Sesi 2022 – 2024. Jawatan
Setiausaha Kehormat juga akan dilantik oleh Ketua Setiausaha
Negara. Bagi jawatan-jawatan lain, Presiden akan melantik seorang
lagi Timbalan Presiden, 3 orang Naib Presiden, seorang Bendahari
Kehormat, dan 3 orang Ahli Jawatankuasa Am. Pelantikan ini adalah
mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah fasal 21(a) Undang-
Undang KGPA.
Makluman
30

