Page 27 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 27

beserta kelengkapan  wifi untuk memudahkan ahli KGPA berehat
                               sambil bekerja. Tuan Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa
                               Ahli Jawatankuasa AM  tidak setuju dengan perkara ini dan
                               menjelaskan bahawa KGPA telah mewujudkan satu ruang bacaan di
                               bangunan Rumah Kelab. Ia boleh digunakan sebagai ruang bacaan,
                               ruang perbincangan dan rehat kepada ahli  KGPA. Bilik tersebut
                               mempunyai satu set meja dan kerusi beserta set sofa, serta
                               kemudahan ZLIL untuk kegunaan ahli-ahli.


                        9.2.8  Insp. Ts. Mohd Norzikri Kamaruddin (PM1258) mencadangkan
                               Kelab  menyediakan ruang library yang lebih lengkap dan lebih luas,
                               dengan suratkhabar The Star, NST, Utusan, Berita Harian serta
                               majalah-majalah terkini. Tuan Setiausaha Kehormat memaklumkan
                               bahawa Ahli Jawatankuasa AM tidak setuju dengan perkara ini dan
                               menjelaskan bahawa tiada keperluan bagi menyediakan ruangan
                               tersebut memandangkan Kelab telah mewujudkan ruang  bacaan,
                               ruang perbincangan dan ruang rehat kepada ahli KGPA. Ruangan
                               tersebut jarang sekali digunakan oleh ahli.

                        9.2.9  Insp. Ts. Mohd Norzikri Kamaruddin (PM1258) mencadangkan
                               KGPA menganjurkan kelas latihan golf secara percuma atau
                               bayaran paling minima khususnya kepada  ahli-ahli baru KGPA.
                               Tuan Setiausaha  Kehormat memaklumkan bahawa Ahli
                               Jawatankuasa AM tidak setuju dengan perkara ini dan menjelaskan
                               bahawa KGPA dan Operator Driving Range telah bekerjasama
                               mewujudkan satu program Klinik Golf. Program ini adalah latihan
                               golf berbayar melalui jurulatih profesional. Sekiranya ahli berminat
                               boleh berurusan dengan Operator Driving Range.

                        9.2.10 Insp. Ts. Mohd Norzikri Kamaruddin (PM1258) mencadangkan
                               KGPA menganjurkan  sesi  WRZQ KDOO KGPA bersama ahli pada
                               hujung minggu. Tuan Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa
                               Ahli Jawatankuasa AM  tidak setuju dengan perkara ini dan
                               menjelaskan perkara ini dilihat tiada kewajaran untuk KGPA
                               menganjurkan sesi  WRZQ KDOO kerana berdasarkan Perlembagaan,
                               KGPA hanya ada Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung
                               Luar Biasa (sekiranya perlu) bagi maksud perjumpaan di antara Ahli
                               Jawatankuasa Am dan semua ahli secara formal.

                        9.2.11 Insp. Ts. Mohd Norzikri Kamaruddin (PM1258) mencadangkan
                               KGPA menganjurkan         sesi   suai    kenal    Pengurusan      dan
                               Jawatankuasa Am KGPA bersama ahli KGPA.  Tuan Setiausaha



                                                                                                              27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32