Page 29 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 29

Am adalah seramai 18 orang, di mana satu (1) jawatan iaitu
                               Timbalan Presiden secara automatik dipegang oleh Datuk  Bandar
                               Kuala Lumpur tanpa perlu dilantik atau dipilih. Manakala, 17 jawatan
                               selebihnya perlu dipilih atau dilantik setiap dua (2) tahun.

                       10.2    YBhg. Datuk Wira Pengerusi menjelaskan bahawa Ahli
                               Jawatankuasa Am bagi Sesi 2022 – 2024 telah berkhidmat selama
                               tempoh dua (2) tahun, dan dengan penangguhan Mesyuarat Agung
                               ini, barisan Ahli Jawatankuasa Am yang sedia ada akan terbubar.

                       10.3    YBhg. Datuk  Wira Pengerusi juga merakamkan penghargaan dan
                               ucapan terima kasih  kepada semua  Ahli Jawatankuasa Am Sesi
                               2022 – 2024 atas segala sumbangan, komitmen, dan khidmat bakti
                               yang telah diberikan. Sumbangan ini  amat dihargai dan disanjung
                               tinggi oleh semua pihak.

                       10.4    YBhg. Datuk Wira Pengerusi  turut menyatakan bahawa terdapat
                               kemungkinan bahawa sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Am
                               yang sedia ada akan  dipilih semula untuk Sesi 2024  – 2026, dan
                               keputusan pemilihan ini akan diumumkan berdasarkan undian yang
                               telah dilakukan pada awal sesi mesyuarat.
                                                                                                 Makluman



                 11.0  PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA AM
                        SESI 2024-2026


                        11.1  YBhg. Datuk Wira Pengerusi telah mengumumkan keputusan rasmi
                               calon-calon yang telah dipilih menerusi undian sulit untuk jawatan
                               Kapten dan Ahli Jawatankuasa Am seperti berikut:

                               Kapten


                               YBhg. Dato' Mohd Yasin Bin  Mohd Salleh (Y021) – 167 undi


                               Ahli Jawatankuasa Am


                                  i.   Lt. Kol Ts Zakaria Bin Amir Hussien (PM975) – 167 undi
                                 ii.   Encik Muaaz Bin Muhammad (PM156) – 158 undi
                                 iii.   Encik Norhisham Bin Hussain (PM086) – 137 undi
                                 iv.   Encik Junaidi Bin Ramli (J120) – 134 undi


                                                                                                              29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34