Page 24 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 24

9.0    MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL DAN HAL-HAL LAIN (JIKA
                    ADA)

                   9.1     Tuan Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa sehingga tarikh
                           mengemukakan usul ditutup pada 13 Oktober 2024, beliau menerima
                           satu (1) usul pindaan undang-undang  daripada En. Zulkifli Zakaria
                           (Z077).

                           9.1.1    En. Zulkifli Zakaria (Z077) mencadangkan bahawa
                           Perlembagaan KGPA Fasal 33 (b) Pindaan Undang-Undang
                           dimansuhkan. Jawatankuasa Am setuju usul ini dibawa ke Mesyuarat
                           Khas Pindaan Undang-undang yang sedang dipengerusikan oleh
                           Kapten Kelab (Professor Dr. Nordin Bin Mamat).

                   9.2     Tuan Setiausaha Kehormat seterusnya memaklumkan untuk 'Hal-Hal
                           Lain', Kelab telah menerima cadangan daripada tujuh (7) orang ahli.
                           Satu (1) cadangan daripada Mohd Yusoff Bin Samat (PM415), satu
                           (1) cadangan daripada  En. R Effendi Razali (PM226), satu (1)
                           cadangan daripada Ir. She Tian Hock (S201),  tujuh (7) Cadangan
                           daripada Insp. Ts. Mohd Norzikri Kamaruddin (PM1258), satu (1)
                           cadangan daripada Kapt (B) Baljit Singh (PM1060), lima (5) cadangan
                           daripada Dr. K.J John A/l John Kuruvilla (J027) dan satu (1) cadangan
                           daripada Jaswinder Singh (J058). Cadangan-cadangan tersebut
                           adalah seperti berikut:


                           9.2.1    En. Mohd Yusoff Bin Samat (PM415) mencadangkan supaya
                                    ahli dibenarkan bermain golf secara berjalan  kaki di waktu
                                    pagi untuk tujuh hari  seminggu di Forest Course dengan
                                    alasan kemudahan yang ada sekarang untuk pejalan kaki
                                    lima hari seminggu (Isnin hingga Jumaat)  adalah tidak
                                    mencukupi.

                           9.2.2    En. R Effendi Razali (PM226) mencadangkan supaya
                                    kelulusan diberi kepada ahli-ahli yang berminat untuk
                                    berjalan kaki dipadang Lake 9. Hari dan masa yang dimohon
                                    ialah pada Isnin hingga Jumaat ‘tee off’ pada jam 7.15 pagi
                                    hinggalah jam 8.50 pagi. Manakala untuk sebelah petang
                                    ialah bermula selepas jam 5 petang. Amalan ini telah pun
                                    berjalan sebelum ianya dihentikan pada Februari 2024 tanpa
                                    perundingan dan persetujuan ahli-ahli kelab. Pada hematnya,
                                    sukan golf ini adalah sukan berjalan kaki. Bagi kelab
                                    perkhidmatan awam ini, ahli ahlinya ramai terdiri dari warga
                                    yang umur sudah berusia dan  juga bersara. Inilah tempat



        24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29