Page 19 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 19

2.4     Manakala calon-calon bagi enam (6) jawatan Ahli Jawatankuasa Am
                               adalah seperti berikut:

                                  i.   Dato’ Othman Bin Omar (O062)
                                 ii.   Encik Jaswinder Singh (J058)
                                 iii.   Encik Lean King Keong (L291)
                                 iv.   Dato’ Dr Abdul Razak B. Mohd Ali (R191)
                                 v.    Encik Rahman Bin Ibrahim (R274)
                                 vi.   LT. KOL TS. Zakaria Bin Amir Hussien (TUDM) (PM975)
                                vii.   Encik Junaidi Bin Ramli (J120)
                                viii.   IR. She Tian Hock (S201)
                                 ix.   Encik Noor Dellhan Bin Yahaya (N279)
                                 x.    Encik Muaaz Bin Muhammad (PM156)
                                 xi.   Encik Norhisam Bin Hussain (PM086)
                                xii.   Encik Abdul Hadi Bin Husin (A462)
                                xiii.   Encik Ahmad Marzukee Bin Abdul Manaf (A410)

                       2.5     Semua calon yang bertanding kemudian  memperkenalkan diri
                               masing-masing kepada ahli mesyuarat.

                       2.6     YBhg. Datuk  Wira Pengerusi seterusnya memberikan panduan
                               untuk proses pengundian, di mana ahli diminta menandakan tanda
                               pangkah (X) pada kertas undi yang telah diedarkan. Untuk jawatan
                               Kapten Kelab, ahli hanya perlu memilih satu (1) calon sahaja
                               daripada tiga (3) calon yang disenaraikan, manakala bagi jawatan
                               Ahli Jawatankuasa Am, enam (6)  calon perlu dipilih daripada tiga
                               belas (13) calon yang bertanding.

                       2.7     Pihak Urusetia kemudiannya membawa peti undi ke setiap meja ahli
                               untuk memudahkan proses memasukkan kertas undi  tanpa ahli
                               perlu bergerak dari tempat duduk mereka.

                       2.8     Setelah undian selesai, YBhg. Datuk Wira Pengerusi melantik tujuh
                               (7) orang sukarelawan untuk bertanggungjawab dalam proses
                               pengiraan undi. Terdiri daripada seorang Ketua Pengira Undi, empat
                               (4) orang Pengira Undi, dan dua (2) orang Pemerhati. Proses
                               pengiraan undi dijalankan di Bilik Kiara, sementara mesyuarat
                               diteruskan dengan agenda yang berikutnya.













                                                                                                              19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24