Page 15 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 15
1.2 YBhg. Datuk Wira Pengerusi telah berkongsi sedikit sejarah mengenai
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA). Semasa
penubuhan KGPA, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM10
juta sebagai geran untuk pembangunan kelab. Di samping itu, KGPA
juga telah menerima pinjaman VRIWORDQ sebanyak RM10 juta. YBhg.
Datuk Wira Pengerusi memaklumkan bahawa VRIWORDQ tersebut telah
berjaya dibayar balik secara tahunan dan diselesaikan pada tahun
2017 yang menjadikan KGPA kini bebas daripada sebarang
tanggungan hutang. Sejak itu, KGPA telah beroperasi secara berdikari
dengan menjana pendapatan melalui aktiviti golf dan sewaan fasiliti.
Kelab terus bergerak secara aktif dan kreatif dalam usaha menjana
pendapatan yang berterusan, walaupun pendapatan yang diperolehi
seringkali bergantung kepada hasil aktiviti dan operasi kelab. Oleh
yang demikian, YBhg. Datuk Wira Pengerusi menyeru semua ahli
untuk bersama-sama meningkatkan pendapatan kelab agar KGPA
dapat terus maju dan cemerlang pada masa hadapan. Sokongan dan
kerjasama dari semua ahli amatlah dihargai.
1.3 YBhg. Datuk Wira Pengerusi selanjutnya memaklumkan bahawa
KGPA kini mempunyai jumlah ahli seramai 3,112 orang. Pertambahan
bilangan ahli ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada promosi
keahlian di kalangan penjawat awam yang sedang berkhidmat, yang
telah dilaksanakan sebelum ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menarik
lebih ramai pegawai muda dalam Perkhidmatan Awam untuk menjadi
Ahli KGPA. YBhg. Datuk Wira Pengerusi berharap agar ahli-ahli baru
yang sedang berkhidmat dapat aktif dalam pelbagai aktiviti kelab, dan
beliau juga menggalakkan pegawai-pegawai muda ini untuk menimba
ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk menjadi
pelapis kepimpinan KGPA di masa depan.
1.4 YBhg. Datuk Wira Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam
tahun 2023, Kelab telah mencatatkan pendapatan keseluruhan
berjumlah RM11.9 juta, meningkat daripada RM9.84 juta pada tahun
2022. Ini menunjukkan peningkatan pendapatan operasi sebanyak
21% berbanding tahun sebelumnya, dengan sumbangan utama
pendapatan pada tahun ini datang daripada aktiviti golf dan sukan.
Untuk perbelanjaan, Kelab telah membelanjakan RM9.95 juta pada
tahun 2023, berbanding RM9.32 juta pada tahun 2022. Peningkatan
ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga kos yang tinggi. Namun,
melalui dasar perbelanjaan berhemah, Kelab tetap menitikberatkan
perbelanjaan mengikut keperluan.
15