Page 16 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 16

1.5     YBhg. Datuk Wira Pengerusi menambah, walaupun Kelab mempunyai
                           aset tunai yang selesa, usaha berterusan perlu diambil untuk
                           memperkukuh kedudukan kewangan kerana Kelab memerlukan
                           peruntukan besar untuk memperbaiki bangunan Rumah Kelab dan
                           kemudahan sedia ada yang kini berusia lebih 30 tahun. YBhg. Datuk
                           Wira Pengerusi percaya bahawa dengan usaha gigih Ahli
                           Jawatankuasa Am dan sokongan semua ahli KGPA, matlamat untuk
                           menambah baik dan  memberikan nilai tambah kepada bangunan
                           Rumah Kelab serta kemudahan-kemudahannya dapat dilaksanakan
                           dalam tempoh terdekat, insya Allah.

                   1.6     YBhg. Datuk  Wira Pengerusi turut memaklumkan bahawa Driving
                           Range di KGPA yang sebelum ini ditutup sementara untuk kerja-kerja
                           ubahsuai  telah dibuka  semula kepada ahli dan pelawat mulai awal
                           tahun 2023. Kelab telah melantik Syarikat Zecon Sports & Fitness
                           sebagai operator yang berkelayakan untuk mengendalikan
                           perkhidmatan Driving Range ini. Sehingga kini, Kelab tidak menerima
                           sebarang aduan mengenai perkhidmatan tersebut; sebaliknya, banyak
                           pujian diterima, dan perkhidmatan yang ditawarkan telah memenuhi
                           standard yang ditetapkan untuk ahli dan pelawat.

                   1.7     YBhg. Datuk Wira Pengerusi juga memaklumkan bahawa pada tahun
                           2023, Kelab telah melaksanakan penambahbaikan pada beberapa
                           kemudahan dan fasiliti di KGPA, termasuk Bilik Persalinan Wanita.
                           Kerja-kerja ubahsuai bagi kemudahan ini dimulakan pada
                           pertengahan tahun 2022 dan telah dibuka semula untuk ahli dan
                           pelawat pada 15 Jun 2023. Bilik Persalinan Wanita yang baharu kini
                           dilengkapi dengan penambahan jumlah bilik mandi, tandas, dan loker,
                           serta kemudahan lain. Usaha ini bertujuan untuk memberikan lebih
                           keselesaan kepada ahli dan pelawat semasa menggunakan fasiliti
                           kelab.

                   1.8     YBhg. Datuk Wira Pengerusi turut memaklumkan bahawa Nemudahan
                           gimnasium di KGPA sebelum ini telah ditutup untuk kerja-kerja
                           ubahsuai, disebabkan ruang yang terhad di lokasi asal yang hanya
                           mampu menampung 2 hingga 3 orang pada satu-satu masa. Oleh itu,
                           KGPA telah mengambil langkah untuk menyediakan kemudahan dan
                           prasarana yang lebih baik dengan memindahkan lokasi gimnasium ke
                           Level 2M dalam bangunan parkir bertingkat. Kemudahan gimnasium
                           yang baharu ini dijadual akan dibuka kepada ahli pada 1 November
                           2024. Diharapkan dengan penambahbaikan ini, gimnasium yang
                           berwajah baru dapat menarik lebih ramai pemain golf untuk
                           berkunjung ke KGPA.



        16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21