Page 18 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 18
1.11 YBhg. Datuk Wira Pengerusi juga merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Am dan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Kecil yang telah menunjukkan kegigihan dan komitmen
tinggi dalam memastikan Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia
(KGPA) memberikan perkhidmatan cemerlang dan konsisten kepada
ahli-ahli. YBhg. Datuk Wira Pengerusi percaya bahawa kegigihan dan
komitmen ini akan terus menjadi amalan dan budaya di kalangan Ahli-
Ahli Jawatankuasa yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab
bagi memastikan kecemerlangan KGPA dapat diteruskan. Akhir kata,
YBhg. Datuk Wira Pengerusi juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli KGPA dan warga kerja yang terus memberikan
kerjasama dan sokongan padu dalam setiap aktiviti dan inisiatif yang
dilaksanakan. Insya Allah, dengan komitmen dan kerjasama semua
pihak, KGPA akan melakar masa depan yang lebih baik.
Makluman
2.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA AM SESI 2024-2026
2.1 YBhg. Datuk Wira Pengerusi membentangkan agenda kedua
mesyuarat, iaitu Pemilihan Ahli Jawatankuasa Am Sesi 2024-2026.
Beliau memaklumkan bahawa menurut Undang-Undang KGPA,
sebanyak tujuh (7) jawatan dalam barisan Ahli Jawatankuasa Am
perlu dipilih setiap dua (2) tahun melalui Mesyuarat Agung Tahunan
(AGM). Jawatan-jawatan tersebut terdiri daripada seorang Kapten
Kelab dan enam (6) Ahli Jawatankuasa Am.
2.2 Sehingga tarikh tutup pencalonan pada 20 Oktober 2024, pihak
Urusetia telah menerima tiga (3) pencalonan bagi jawatan Kapten
Kelab dan tiga belas (13) pencalonan bagi jawatan Ahli
Jawatankuasa Am. Semua borang pencalonan yang diterima telah
disemak dan disahkan memenuhi syarat-syarat pencalonan yang
telah ditetapkan. Senarai calon Kapten Kelab dan Ahli
Jawatankuasa Am ini telah dimasukkan ke dalam Kertas Undi yang
diedarkan kepada ahli mesyuarat.
2.3 Calon-calon bagi jawatan Kapten Kelab adalah seperti berikut:
i. Dato’ Mohd Yasin Mohd Salleh (Y021)
ii. Encik R. Effendi Bin Razali (PM226)
iii. Dato’ Dr. Abdul Muiz Bin Ab Razak (A390)
18