Page 21 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 21

4.0     PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

                         4.1  YBhg. Datuk Wira Pengerusi menjemput Setiausaha Kehormat, Tuan
                              Adila, untuk membentangkan perkara-perkara berbangkit daripada
                              Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-28 yang telah diadakan pada 26
                              Ogos 2023.

                        4.2  Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa perkara-perkara
                              berbangkit dan status semasanya telah dibentangkan di muka surat
                              27 hingga 29 dalam buku Laporan Tahunan 2023. Setiausaha
                              Kehormat seterusnya memohon ahli-ahli mesyuarat untuk mengambil
                              maklum dan memberi perhatian terhadap perkara-perkara tersebut.

                        4.3   YBhg. Datuk Wira Pengerusi kemudian mengulangi permintaan agar
                              ahli-ahli mesyuarat mengambil maklum dan memberi perhatian
                              kepada status  semasa perkara-perkara berbangkit yang telah
                              dibentangkan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan
                              Adila atas pembentangan tersebut sebelum meneruskan dengan
                              agenda mesyuarat yang seterusnya.

                                                                                       Makluman



               5.0     MEMBENTANG            DAN       MENERIMA          LAPORAN          TAHUNAN
                       JAWATANKUASA AM DAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL
                       TAHUN 2023

                       5.1     YBhg. Datuk  Wira Pengerusi menjemput Setiausaha Kehormat
                               untuk      membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Am dan
                               Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil bagi Tahun 2023. Setiausaha
                               Kehormat memaklumkan bahawa laporan tersebut telah dimuatkan
                               dalam buku Laporan Tahunan 2023 di muka surat 33 hingga 85, dan
                               dibentangkan untuk makluman dan perhatian ahli-ahli mesyuarat.

                       5.2     Selepas  laporan  tersebut  dibentangkan,  YBhg.  Datuk  Wira
                               Pengerusi memohon seorang ahli untuk mencadangkan penerimaan
                               laporan tahunan tersebut, dan seorang lagi  ahli untuk menyokong
                               cadangan tersebut. Nama dan nombor ahli  yang mencadangkan
                               serta menyokong direkodkan untuk tujuan rasmi.
                       5.3     En. Shaharuddin Bin Musa (S041) mencadangkan Laporan Tahunan
                               Jawatankuasa Am dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil Tahun
                               2023 diterima dengan disokong oleh semua ahli mesyuarat.




                                                                                                              21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26