Page 23 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 23
tersebut. Nama dan nombor ahli yang mencadangkan serta
menyokong direkodkan untuk tujuan rasmi.
7.4 Anggaran Belanjawan Tahun 2024 diterima sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.
Makluman
8.0 MELANTIK JURUAUDIT BAGI TAHUN 2019
8.1 YBhg. Datuk Wira Pengerusi menjemput Bendahari Kehormat untuk
membentangkan cadangan pelantikan Juruaudit Kelab bagi tahun
2024. Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa di bawah
Undang-Undang Kelab, pelantikan juruaudit bagi sesuatu tahun
kewangan perlu dibentangkan dan mendapat persetujuan Mesyuarat
Agung Tahunan.
8.2 Bendahari Kehormat seterusnya membentangkan perakuan
pelantikan juruaudit. Beliau memaklumkan bahawa Tetuan Atarek
Kamil Ibrahim & Co. telah dilantik sebagai juruaudit KGPA bagi
tahun 2018 hingga 2023 dan kelab amat berpuas hati dengan
prestasi kerja-kerja auditan serta laporan auditan yang disediakan.
Oleh itu, Jawatankuasa Am memperakukan Tetuan Atarek Kamil
Ibrahim & Co. dilantik semula sebagai juruaudit KGPA bagi tahun
2024 dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM8,000.
8.3 YBhg. Datuk Wira Pengerusi kemudian meminta persetujuan ahli-
ahli mesyuarat. Sekiranya perlu, undian dijalankan dengan
mengangkat tangan.
8.4 Setelah persetujuan ahli-ahli diperoleh, YBhg. Datuk Wira Pengerusi
mengumumkan keputusan bahawa Mesyuarat bersetuju Tetuan
Atarek Kamil Ibrahim & Co. dilantik semula sebagai juruaudit KGPA
bagi tahun 2024 dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM8,000.
Tindakan:
Bendahari Kehormat
23