Page 28 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 28
Kehormat memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa AM tidak
setuju dengan perkara ini dan menjelaskan bahawa KGPA pada
setiap tahun akan menganjurkan Majlis Suaikenal Ahli Baru dengan
kekerapan dua (2) kali setahun. Majlis ini akan turut memuatkan sesi
taklimat etiket dan peraturan golf oleh Pengadil Pertandingan Golf
yang bertauliah daripada Malaysian Golf Association (MGA).
9.2.12 Dr.K.J John A/L John Kuruvilla (J027) mencadangkan bahawa SOP
diwujudkan dalam operasi di Kolam Renang dan Driving Range.
YBhg. Datuk Wira Pengerusi bersetuju tentang perkara ini dan akan
mengambil tindakan sewajarnya untuk tujuan penambahbaikan.
9.2.13 Jaswinder Singh (J058) mencadangkan supaya kemudahan buggy
percuma dihadkan kepada Ahli Jawatankuasa Am Sahaja (bukan
full buggy) dengan penggunaan tidak melebihi 50 kali setahun
(samada 9 atau 18 lubang). Ini adalah selaras dengan tatakelola
pengurusan kelab berpaksi kepada pengurusan berhemah dan
berintegriti”. Tuan Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa Ahli
Jawatankuasa AM bersetuju supaya kemudahan bugi percuma
dihadkan kepada seorang ahli jawatankuasa sahaja. Namun, YBhg.
Dato’ Abdul Razak Bin Idris (R056) mencadangkan supaya
menghentikan penggunaan bugi percuma kepada Ahli
Jawatankuasa Am semasa bermain golf di KGPA dan ia dipersetujui
oleh majoriti ahli mesyuarat.
9.3 Secara keseluruhannya, YBhg. Datuk Wira Pengerusi memaklumkan
bahawa setiap cadangan yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini akan
diteliti semula oleh Jawatankuasa Am dan tindakan susulan akan diambil
sewajarnya.
Tindakan:
Pengurusan
10.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA AM SESI 2022-2024
10.1 YBhg. Datuk Wira Pengerusi meneruskan mesyuarat dengan
membentangkan Agenda 10 iaitu Pembubaran Ahli Jawatankuasa
Am bagi Sesi 2022 – 2024. Pengerusi memaklumkan bahawa
berdasarkan Undang-Undang KGPA, komposisi Ahli Jawatankuasa
28

