Page 17 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 17

1.9     YBhg. Datuk  Wira Pengerusi seterusnya  memaklumkan bahawa
                              kerja-kerja penyelenggaraan padang di KGPA  melibatkan
                              pemotongan  JUHHQ,  DSURQ,  WHH ER[,  IDLUZD\  dan rRXJK, serta
                              pembajaan  lapangan yang dilaksanakan  mengikut  jadual yang
                              ditetapkan. Selain itu, amalan  FXOWXUDO SUDFWLFHV seperti KROORZWLQLQJ,
                              GHWKDFKLQJ, dan  WRS  GUHVVLQJ juga dilaksanakan mengikut standard
                              pengurusan padang golf yang terbaik. KGPA sentiasa berusaha
                              meningkatkan aktiviti penyelenggaraan padang untuk menjadi
                              destinasi pilihan para pemain dan menarik syarikat-syarikat serta
                              persatuan untuk menganjurkan pertandingan golf di KGPA. Pada
                              tahun 2023, KGPA telah terpilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan
                              Golf Professional Golf Malaysia (PGM) Toyota Tour Qualifying School
                              pada bulan Februari dan Kejohanan Golf Professional Golf
                              Association Malaysia (PGAM) Satellite Tour  16th Leg pada 6 Julai
                              2023. Untuk tahun 2024, KGPA juga telah dipilih untuk menjadi tuan
                              rumah bagi Kejohanan Kuala Lumpur Amateur Open 2024 Kali Ke-15,
                              yang merupakan acara tahunan dalam kalendar Malaysian Golf
                              Association (MGA) dan diiktiraf dalam R&A World Golf Ranking,
                              dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 8 Mei 2024. Tambahan pula,
                              KGPA juga menerima  permohonan daripada Majlis Sukan Sekolah
                              Malaysia (MSSM) untuk Kejohanan Golf  Majlis Sukan Sekolah
                              Malaysia yang akan diadakan pada 17 hingga 19 September 2024.
                              Diharapkan usaha-usaha ini dapat menarik lebih ramai syarikat luar
                              untuk memilih KGPA  sebagai  YHQXH bagi pertandingan amatur dan
                              profesional, serta  membantu mempromosikan dan meningkatkan
                              nama serta imej KGPA.

                      1.10  YBhg. Datuk  Wira Pengerusi memaklumkan bahawa usaha-usaha
                              untuk menambah baik fasiliti dan kemudahan di Kelab Golf
                              Perkhidmatan Awam  Malaysia (KGPA) akan diteruskan, bertujuan
                              untuk menjadikan KGPA sebagai destinasi pilihan bagi pemain golf
                              serta menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan fasiliti yang
                              ada. Inisiatif ini juga diharapkan dapat meningkatkan tahap
                              keselesaan ahli. Selain itu, KGPA  merancang beberapa  projek lain
                              untuk dilaksanakan pada tahun 2024, termasuk Perkhidmatan Cucian
                              Kereta dan Cadangan Menaiktaraf serta Ubahsuai Bilik Persalinan
                              Lelaki. Beliau percaya bahawa pelaksanaan projek-projek
                              pembangunan ini akan melonjakkan imej KGPA ke tahap yang lebih
                              tinggi, sebanding dengan kelab-kelab golf tersohor.  Ini akan
                              menjadikan KGPA sebagai  YHQXH bagi pelbagai aktiviti, majlis ilmu,
                              dan keraian. Seterusnya menjadikan kelab ini lebih berdaya maju,
                              UHVLOLHQW, dan mampan di masa hadapan.





                                                                                                              17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22