Page 106 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 106
No. Pendaftaran PPM-003-14-01061989
KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Diperbadankan di Malaysia)
NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2 DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)
2.9 Hasil (Sambungan)
i) Jualan Barangan (Sambungan)
Hasil daripada jualan barangan diiktiraf apabila semua syarat-syarat berikut telah
dipenuhi:(Sambungan)
c) Amaun hasil boleh diukur dengan pasti;
d) Ia adalah berkemungkinan bahawa manfaat ekonomi yang berkaitan dengan
urusniaga akan mengalir kepada Kelab; dan
e) Kos yang terlibat atau akan dilibatkan berhubung urusniaga boleh diukur dengan
munasabah.
ii) Perlaksanaan Perkhidmatan
Hasil daripada perlaksanaan perkhidmatan diiktiraf dengan merujuk kepada peringkat
penyiapan urusniaga tersebut pada akhir tempoh pelaporan apabila hasil urusniaga
tersebut boleh dianggarkan dengan pasti. Peringkat penyiapan ditentu berdasarkan
kepada nisbah kos yang ditanggung bagi perkhidmatan yang diberikan sehingga tarikh
terkini kepda anggaran jumlah kos.
iii) Hasil Faedah
Hasil faedah diiktiraf menggunakan kaedah faedah efektif.
2.10 Manfaat pekerja
i) Manfaat Pekerja Jangka Pendek
Manfaat pekerja jangka pendek, contohnya upah, gaji dan manfaat lain, adalah diiktiraf
pada amaun tidak didiskaun sebagai liabiliti dan perbelanjaan apabila pekerja telah
melaksanakan perkhidmatan kepada Kelab.
ii) Pelan Caruman Wajib
Caruman yang perlu dibayar kepada pelan caruman wajib diiktiraf sebagai liabiliti dan
perbelanjaan apabila pekerja telah melaksanakan perkhidmatan kepada Kelab.
97

