Page 101 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 101

No. Pendaftaran     PPM-003-14-01061989


                               KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
                                             (Diperbadankan di Malaysia)
                           NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
                               BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


           2   DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

               2.3   Inventori


                     Inventori adalah diukur pada nilai yang lebih rendah antara kos dan anggaran harga jualan
                     ditolak kos untuk siapan dan jualan. Kos inventori terdiri daripada semua kos pembelian, kos
                     penukaran dan kos lain yang dilibatkan dalam membawa inventori ke lokasi dan keadaan
                     semasanya. Kos inventori diukur dengan menggunakan kaedah Masuk Dahulu Keluar Dahulu.


                     Pada setiap tarikh pelaporan, inventori dinilai untuk rosotnilai. Jika sesuatu item inventori
                     dirosotnilai, amaun bawaan dikurangkan kepada harga jualan ditolak kos untuk siapan dan
                     jualan; kerugian rosotnilai diiktiraf dengan serta merta dalam keuntungan atau kerugian. Pada
                     setiap tarikh pelaporan kemudian, Kelab membuat harga penilaian baru harga jualan ditolak
                     kos untuk siapan dan jualan. Jika terdapat sebarang tanda bahawa kerugian rosotnilai diiktiraf
                     dalam tempoh sebelumnya mungkin tidak lagi wujud atau apabila terdapat bukti jelas
                     peningkatan dalam harga jualan ditolak kos untuk siapan dan jualan disebabkan oleh
                     perubahan keadaan ekonomi, kerugian rosotnilai dibalikkan setakat di mana amaun bawaan
                     baru adalah lebih rendah antara kos dan harga jualan yang disemak semula ditolak kos untuk
                     siapan dan jualan.

                 2.4 Rosotnilai Aset, Selain Daripada Inventori dan Aset Kewangan

                     Pada setiap tarikh pelaporan, Kelab menilai sama ada terdapat sebarang tanda bahawa aset
                     mungkin mengalami rosotnilai. Jika mana-mana petanda sedemikan wujud, amaun boleh pulih
                     aset tersebut dianggarkan.

                     Apabila terdapat petanda bahawa aset mungkin mengalami rosotnilai tetapi ia tidak dapat
                     menganggar amaun boleh pulih bagi aset tersebut, Kelab akan menganggarkan amaun boleh
                     pulih bagi unit penjanaan tunai di mana aset tersebut dimiliki.

                     Amaun boleh pulih aset dan unit penjanaan tunai adalah lebih tinggi daripada nilai saksama
                     ditolak kos untuk dijual dan nilai dalam penggunaan. Dalam menilai nilai dalam penggunaan,
                     anggaran aliran tunai masa depan adalah didiskaunkan kepada nilai semasa dengan
                     menggunakan kadar diskaun sebelum cukai yang menggambarkan penilaian pasaran semasa
                     nilai masa wang dan risiko khusus kepada aset tersebut.




















        92
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106