Page 100 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 100
No. Pendaftaran PPM-003-14-01061989
KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Diperbadankan di Malaysia)
NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
1 MAKLUMAT AM
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia adalah merupakan sebuah entiti yang didaftarkan di
Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 2 Februari 1989.
Alamat pejabat berdaftar Kelab adalah di Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur.
2 DASAR PERAKAUNAN PENTING
Penyata kewangan Kelab telah disediakan selaras dengan piawaian perakaunan yang diluluskan di
Malaysia.
2.1 Asas perakaunan
Penyata kewangan telah disediakan pada asas kos sejarah, kecuali bagi penilaian semula aset
dan liabiliti tertentu.
2.2 Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah , loji dan peralatan dinyatakan pada kos ditolak susutnilai terkumpul dan kerugian
kemerosotan nilai terkumpul. Mulai tahun kewangan 2015, peralatan kos kurang daripada
RM1,000 tidak akan dipermodalkan. Susutnilai hartanah, loji dan peralatan diperuntukkan
mengikut kaedah garis lurus untuk menghapus kira kos sepanjang hayat berguna pada kadar
berikut:
%
Landskap, lapangan golf 2
Rumah Kelab, bangunan dan kemudahan, kolam renang
dan bangunan tambahan 5
Perabot dan kelengkapan, peralatan pejabat, peralatan
komunikasi, kabin dan hiasan dalaman,
kenderaan bermotor dan peralatan dapur 10
Jentera, pondok selenggara, bugi, peralatan
elektrik, dapur dan peti sejuk, komputer dan
peralatan cucian 20
Jika terdapat tanda perubahan yang ketara dalam faktor-faktor yang memberi kesan kepada
nilai sisa, hayat berguna atau corak berguna aset sejak tarikh laporan tahunan lepas, nilai sisa,
kaedah susutnilai dan hayat berguna aset yang boleh disusutnilai disemak semula dan
dilaraskan secara prospektif.
91

