Page 102 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 102
No. Pendaftaran PPM-003-14-01061989
KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Diperbadankan di Malaysia)
NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2 DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)
2.4 Rosotnilai Aset, Selain Daripada Inventori dan Aset Kewangan (Sambungan)
Jika amaun boleh pulih aset atau unit penjanaan tunai kurang daripada amaun bawaan,
kerugian rosotnilai diiktiraf untuk mengurangkan amaun bawaan kepada amaun boleh pulih.
Kerugian rosotnilai bagi unit penjanaan tunai adalah diperuntukan terlebih dahulu untuk
mengurangkan amaun bawaan sebarang muhibah yang diperuntukan kepada unit penjanaan
tunai, dan kemudian, kepada aset bukan semasa lain unit pro-rata atas asas amaun bawaan
bagi setiap aset yang sesuai dalam unit penjanaan tunai. Kerugian rosotnilai aset diiktiraf
dengan serta-merta dalam keuntungan atau kerugian, melainkan aset dibawa pada amaun
dinilai semula, di mana ia dilayan sebagai pengurangan penilaian semula.
Amaun boleh pulih adalah lebih tinggi daripada nilai saksama ditolak kos untuk dijual, nilai
dalam penggunaan aset atau unit penjanaan tunai, dan sifar.
Kerugian rosotnilai yang diiktiraf dalam tempoh sebelumnya untuk aset atau aset yang sesuai
dalam unit penjanaan tunai dibalikkan apabila terdapat perubahan dalam anggaran yang
digunakan untuk menetapkan amaun boleh pulih aset. Kerugian rosotnilai yang dibalikkan
hanya setakat tahap amaun bawaan aset tidak melebihi amaun bawaan yang telah ditentukan,
ditolak susutnilai, jika tiada kerugian rosotnilai yang telah diiktiraf pada tempoh lepas.
Pembalikan kerugian rosotnilai adalah diiktiraf dengan serta-merta dalam keuntungan atau
kerugian, melainkan aset dibawa pada amaun dinilai semula, di mana ia dilayan sebagai
peningkatan penilaian semula.
2.5 Aset Kewangan
Aset kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kelab menjadi pihak
kepada peruntukan kontrak instrumen.
Pada awal pengiktirafan, aset kewangan adalah diukur pada harga urusniaga, termasuk kos
urusniaga untuk aset kewangan tidak diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau
kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan, sebuah urusniaga pembiayaan bagi
pihak bertimbal kepada pengaturan.
Selepas pengiktirafan awal, aset kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga
kategori: aset kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, aset
kewangan merupakan instrumen hutang diukur pada kos dilunaskan, dan aset kewangan
merupakan instrumen ekuiti diukur pada kos ditolak rosotnilai.
93

