Page 107 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 107
No. Pendaftaran PPM-003-14-01061989
KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Diperbadankan di Malaysia)
NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2 DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)
2.11 Kos Pinjaman
Semua kos pinjaman diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam keuntungan atau kerugian dalam
tempoh ia berlaku.
2.12 Cukai Pendapatan
Perbelanjaan cukai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali bahawa perubahan yang
boleh dikaitkan dengan item pendapatan atau perbelanjaan diiktiraf sebagai pendapatan
komprehensif lain juga diiktiraf dalam pendapatan komprehensif lain.
Cukai yang perlu dibayar keatas keuntungan boleh dicukai bagi tempoh semasa dan lalu
diiktiraf sebagai liabiliti cukai semasa setakat yang tidak terbayar. Jika amaun yang dibayar
berkenaan dengan tempoh semasa dan lalu melebihi amaun yang perlu dibayar bagi tempoh-
tempoh itu, lebihan tersebut diiktiraf sebagai aset cukai semasa.
Aset dan liabiliti cukai semasa diukur pada amaun yang dijangka akan dibayar atau dipulih,
menggunakan kadar cukai dan undang-undang yang telah digubal atau sebahagian besarnya
digubal menjelang tarikh pelaporan.
Liabiliti dan aset cukai semasa diimbangi hanya apabila Kelab mempunyai hak yang sah disisi
undang-undang untuk mengimbangkan amaun dan berhasrat sama ada untuk menyelesaikan
pada asas bersih, atau merealisasikan aset dan menyelesaikan liabiliti secara serentak.
Cukai tertunda diperuntukkan sepenuhnya ke atas perbezaan sementara yang merupakan
perbezaan di antara amaun bawaan dalam penyata kewangan dan asas cukai yang sama bagi
aset dan liabiliti pada akhir pelaporan.
Liabiliti cukai tertunda diiktiraf bagi semua perbezaan sementara boleh dicukai yang dijangka
meningkatkan keuntungan boleh dicukai pada masa hadapan. Aset cukai tertunda diiktiraf bagi
semua perbezaan sementara yang boleh ditolak yang dijangka akan mengurangkan
keuntungan boleh cukai pada masa depan dan kerugian cukai tidak digunakan yang dibawa ke
hadapan dan kredit cukai yang tidak digunakan.
Liabiliti dan aset cukai tertunda tidak diiktiraf bagi perbezaan sementara berkaitan dengan
pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam urusniaga yang bukan penggabungan
perniagaan dan pada masa urusniaga, tidak menjejaskan keuntungan perakaunan mahupun
keuntungan boleh dicukai. Liabiliti cukai tertunda juga tidak diiktiraf bagi perbezaan sementara
berkaitan dengan pengiktirafan awal muhibah.
98

