Page 105 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 105
No. Pendaftaran PPM-003-14-01061989
KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
(Diperbadankan di Malaysia)
NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
2 DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)
2.7 Liabiliti (Sambungan)
iv) Penyahiktirafan Liabiliti Kewangan
Liabiliti kewangan dinyahiktiraf apabila obligasi yang dinyatakan dalam kontrak
dilepaskan, dibatalkan atau tamat hayat.
Sebarang perbezaan di antara amaun bawaan liabiliti kewangan dinyahiktiraf dan
pertimbangan dibayar diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.
2.8 Peruntukan
Sesuatu peruntukan diiktiraf apabila Kelab mempunyai obligasi pada tarikh pelaporan akibat
daripada peristiwa yang lalu, ia terdapat kemungkinan bahawa pemindahan manfaat ekonomi
akan diperlukan untuk menyelesaikan obligasi dan anggaran yang munasabah boleh dibuat
daripada amaun obligasi tersebut.
Risiko dan ketidaktentuan diambilkira dalam pengiraan dalam mencapai anggaran peruntukan
yang terbaik. Apabila kesan nilai masa wang adalah ketara, amaun yang diiktiraf dalam
peruntukan adalah nilai semasa perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan untuk
menyelesaikan obligasi tersebut.
2.9 Hasil
Hasil diukur pada nilai saksama atas pertimbangan yang diterima atau akan diterima, selepas
ditolak sebarang diskaun perdagangan, diskaun penyelesaian segera, jumlah rebat dan cukai
tidak langsung yang terpakai kepada hasil. Hasil diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian
berdasarkan berikut:
i) Jualan Barangan
Hasil daripada jualan barangan diiktiraf apabila semua syarat-syarat berikut telah
dipenuhi:
a) Kelab telah memindahkan risiko dan ganjaran pemilikan barangan yang ketara
kepada pembeli;
b) Kelab tidak mengekalkan sama ada penglibatan pengurusan berterusan sehingga ke
tahap yang biasanya dikaitkan dengan pemilikan mahupun kawalan penuh ke atas
barangan yang dijual;
96

