Page 103 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 103

No. Pendaftaran    PPM-003-14-01061989


                               KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
                                             (Diperbadankan di Malaysia)
                           NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
                               BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


           2   DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)


                 2.5 Aset Kewangan (Sambungan)

                     i)    Rosotnilai Aset Kewangan

                           Pada akhir setiap tempoh pelaporan, Kelab menilai sama ada terdapat sebarang bukti
                           objektif bahawa aset kewangan yang diukur pada kos atau kos dilunaskan, telah
                           dirosotnilai.

                           Bukti objektif boleh termasuk:
                           -   kesukaran kewangan yang ketara oleh penerbit.
                           -   pelanggaran kontrak.
                           -  pemberi pinjaman memberikan kepada peminjam sebuah konsesi bahawa pemberi
                              pinjaman tidak akan dipertimbangkan.
                           - ia menjadi kemungkinan bahawa peminjam akan bankrap atau penyusunan semula
                              kewangan lain.
                           -  data yang boleh diperhatikan dapat menunjukkan bahawa terdapat penurunan yang
                              boleh diukur dalam anggaran aliran tunai masa depan daripada aset kewangan sejak
                              pengiktirafan awal aset.

                     Bagi kategori tertentu aset kewangan, seperti penghutang dagangan, jika ia ditentukan bahawa
                     tiada bukti objektif rosotnilai wujud bagi aset kewangan dinilai individu, sama ada penting atau
                     tidak, aset termasuk dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri risiko yang serupa dan dinilai
                     secara kolektif untuk rosotnilai.

                     Kerugian rosotnilai, berhubung dengan aset kewangan yang diukur pada kos dilunaskan,
                     diukur sebagai perbezaan di antara amaun bawaan aset dan nilai semasa anggaran aliran
                     tunai yang didiskaunkan pada kadar faedah efektif aset asal.

                     Jika terdapat bukti objektif bahawa kerugian rosotnilai telah dilibatkan ke atas aset kewangan
                     diukur pada kos ditolak rosotnilai, amaun kerugian rosotnilai diukur sebagai perbezaan di
                     antara amaun bawaan aset dan anggaran amaun terbaik yang mana Kelab akan diterima bagi
                     aset jika ia dijual pada tarikh pelaporan.

                     Amaun bawaan aset kewangan dikurangkan secara langsung, kecuali amaun bawaan
                     penghutang dagangan yang dikurangkan melalui penggunaan akaun elaun. Sebarang kerugian
                     rosotnilai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dengan serta-merta. Jika, dalam tempoh
                     kemudiannya, sebarang amaun kerugian rosotnilai menurun, kerugian rosotnilai yang diiktiraf
                     sebelumnya dibalikkan secara langsung, kecuali bagi amaun yang berkaitan dengan
                     penghutang dagangan yang dibalikkan untuk dimasukkan semula amaun yang sebelum ini
                     diperuntukan dalam akaun elaun. Pembalikkan ini diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian
                     dengan serta-merta.





        94
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108