Page 104 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 104

No. Pendaftaran    PPM-003-14-01061989


                                    KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
                                                  (Diperbadankan di Malaysia)
                                NOTA-NOTA DAN POLISI-POLISI KEPADA PENYATA KEWANGAN
                                    BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022


                2   DASAR PERAKAUNAN PENTING (Sambungan)

                      2.6 Tunai dan Kesetaraan Tunai

                          Tunai dan kesetaraan tunai dalam penyata aliran tunai meliputi baki tunai dan bank, deposit
                          jangka pendek dan pelaburan yang lain berjangka pendek, berkecairan tinggi yang mempunyai
                          tempoh matang yang singkat selama tiga bulan atau kurang dari tarikh pengambilalihan,
                          selepas ditolak overdraf bank.

                      2.7 Liabiliti

                          i)    Pengkelasan Liabiliti dan Ekuiti


                                Liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti adalah dikelaskan selaras dengan ciri-ciri dalam
                                pengaturan kontrak, bukan sekadar bentuk undang-undang, dan selaras dengan definisi
                                liabiliti kewangan dan instrumen ekuiti.

                          ii)   Liabiliti Kewangan

                                Liabiliti kewangan diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan apabila Kelab menjadi
                                pihak kepada peruntukan kontrak instrumen.

                                Pada awal pengiktirafan, liabiliti kewangan adalah diukur pada harga urusniaga,
                                termasuk kos urusniaga untuk liabiliti kewangan tidak diukur pada nilai saksama
                                menerusi keuntungan atau kerugian, melainkan perjanjian membentuk, pada kesan,
                                sebuah urusniaga pembiayaan bagi Kelab kepada pengaturan.

                                Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan dikelaskan kepada salah satu daripada tiga
                                kategori: liabiliti kewangan diukur pada nilai saksama menerusi keuntungan atau
                                kerugian, liabiliti kewangan diukur pada kos dilunaskan, atau komitmen pinjaman diukur
                                pada kos ditolak rosotnilai.

                          iii)  Liabiliti Kewangan Diukur pada Kos Dilunaskan

                                Selepas pengiktirafan awal, liabiliti kewangan selain daripada liabiliti kewangan diukur
                                pada nilai saksama menerusi keuntungan dan kerugian adalah diukur pada kos
                                dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif. Keuntungan atau kerugian diiktiraf pada
                                keuntungan atau kerugian apabila liabiliti kewangan dinyahiktiraf atau dirosotnilai.

                                Kaedah faedah efektif adalah kaedah untuk mengira kos dilunaskan liabiliti kewangan
                                dan untuk memperuntukan perbelanjaan faedah ke atas tempoh yang berkaitan. Kadar
                                faedah efektif adalah kadar diskaun anggaran pembayaran tunai masa depan yang tepat
                                menerusi jangka hayat liabiliti kewangan atau, apabila sesuai, tempoh yang lebih singkat,
                                dengan amaun bawaan liabiliti kewangan.





                                                                                                              95
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109