Page 29 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 29

6.10  Mesyuarat bersetuju menerima Laporan Kewangan dan Penyata Akaun &
                                  Kunci Kira-Kira Berakhir Pada 31 Disember  Bagi  Tahun 2019, 2020 dan
                                  2021.


                                                                                      Makluman


                    7.0    MEMBENTANG DAN MENERIMA ANGGARAN BELANJAWAN 2022

                           7.1    Bendahari Kehormat telah membentangkan Anggaran  Belanjawan 2022
                                  seperti  terkandung  di  muka surat  85 hingga 95 dalam buku Laporan
                                  Tahunan 2021.

                           7.2    Puan Haliza Binti Harun (H261) memohon penjelasan lanjut berhubung
                                  defisit bajet bagi tahun 2022.

                           7.3    Bendahari Kehormat  menjelaskan bahawa  menjelang  tahun 2022,
                                  jangkaan keseluruhan pendapatan Kelab adalah sedikit rendah berbanding
                                  tahun  2021. Hal ini kerana, berlakunya peningkatan perbelanjaan modal
                                  bagi tahun 2022 bagi  menaik taraf serta membaik pulih kemudahan-
                                  kemudahan di Kelab  khususnya Fasiliti  Kelab, Padang & Lanskap,
                                  Pengurusan & Pentadbiran,  Golf &  Sukan dan  Keahlian & Pemasaran.
                                  Beliau turut menjelaskan bahawa sehingga tahun 2022, jumlah susut nilai
                                  ke atas aset-aset lama juga meningkat hampir  RM2 juta. Walau
                                  bagaimanapun, susut nilai tersebut telah diperuntukkan dalam belanjawan
                                  tahunan 2022.

                           7.4    Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan supaya perbelanjaan dapat
                                  dikawal agar  risiko kerugian  dapat  dikurangkan.  Menurut  beliau,  jumlah
                                  perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi hasil pendapatan.

                           7.5    Bendahari Kehormat menjelaskan bahawa perbelanjaan sebenar Kelab
                                  adalah kurang daripada yang  telah diperuntukkan. Langkah-langkah
                                  penjimatan turut dilaksanakan bagi  mengurangkan perbelanjaan secara
                                  berlebihan.

                           7.6    Puan Haliza Binti Harun (H261) memohon penjelasan berhubung
                                  peningkatan anggaran bajet bagi tahun 2022. Hal ini kerana, bajet sebenar
                                  yang diperuntukkan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM2.9 juta,
                                  manakala anggaran bajet bagi tahun semasa adalah sebanyak RM4.9 juta.
                                  Menurut beliau, terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus (%)  terhadap
                                  perbelanjaan operasi Padang & Lanskap dan 50 peratus (%) juga bagi
                                  perbelanjaan operasi  Pentadbiran &  Kewangan. Oleh itu, beliau
                                  mencadangkan supaya kadar emolumen dan perbelanjaan tersebut dapat
                                  dikurangkan. YBhg. Tan Sri  Pengerusi menjelaskan bahawa  langkah-
                                  langkah penjimatan sedang dalam tindakan.









        20
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34