Page 31 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 31

9.2.2  Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan supaya peranan
                                         dan bidang tugas bagi setiap Ahli Jawatankuasa Am dipamerkan
                                         bagi memudahkan urusan ahli-ahli di Kelab menyalurkan isu atau
                                         cadangan kepada Ahli Jawatankuasa Am yang bertanggungjawab.
                                         Menurut beliau, segala isu akan dapat diselesaikan dengan lebih
                                         cepat dan mudah.  YBhg. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat
                                         menjelaskan bahawa perkara ini akan diteliti semula bersama Ahli
                                         Jawatankuasa Am. Ahli-ahli juga boleh  menyalurkan isu atau
                                         cadangan secara terus  kepada  Pengurus Besar untuk tindakan
                                         yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, peranan dan bidang tugas
                                         bagi setiap Ahli Jawatankuasa Am ada dipaparkan  dalam lawan
                                         sesawang rasmi KGPA.

                                  9.2.3  Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan bagi pengurangan
                                         bilangan pertandingan untuk ahli di Kelab dan pertandingan selain
                                         daripa  HYHQW utama perlu dibiyai oleh peserta sendiri. Tujuannya
                                         adalah bagi memberi ruang kepada ahli-ahli yang lain bermain pada
                                         hujung minggu di  samping mengurangkan perbelanjaan  Kelab
                                         daripada menanggung  kos-kos  pertandingan.  YBhg. Dato’ Sri
                                         Setiausaha Kehormat mengucapkan terima kasih atas cadangan
                                         yang diberikan.  Beliau menjelaskan bahawa pertandingan
                                         dianjurkan adalah  sebagai inisiatif mengeratkan  hubungan
                                         silaturrahim sesama ahli.  Namun begitu, beliau akui bahawa kos
                                         bagi menganjurkan pertandingan  di Kelab adalah tinggi. Oleh itu,
                                         perkara ini akan diteliti semula dengan lebih mendalam.

                                  9.2.4  Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan supaya keperluan
                                         handikep  untuk pelawat perlu dikuatkuasakan bagi  tujuan
                                         penjagaan padang di samping mengelakkan kerosakan di padang.
                                         YBhg. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat mengucapkan terima kasih
                                         atas cadangan tersebut dan  tindakan sewajarnya akan
                                         dilaksanakan.


                                  9.2.5  Encik  Zulkifli Bin  Zakaria (Z077)  mencadangkan supaya
                                         penyelenggaraan padang  IRUHVW dapat dipertingkat oleh  kerana
                                         terdapat serangan kulat di JUHHQ lubang 19. Di samping itu, terdapat
                                         juga kesan tanah mendap pada tasik di lubang 20 dan segerakan
                                         pembaikian tebing tasik di lubang 21. YBhg. Dato’ Sri Setiausaha
                                         Kehormat menjelaskan bahawa pembangunan di padang golf akan
                                         dibuat secara menyeluruh dan tindakan susulan bagi kerja-kerja
                                         penyelenggaraan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

                                  9.2.5  Puan Rahimah Binti Yeop (R246) mencadangkan supaya operasi
                                         kolam renang pada hari Selasa hingga Ahad dapat diawalkan setiap
                                         hari seawal jam 7:00 pagi selaras dengan waktu operasi padang
                                         golf. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat mengucapkan terima kasih atas
                                         cadangan yang dikemukakan. Beliau menjelaskan bahawa waktu








        22
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36