Page 30 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 30
7.7 Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan Anggaran Belanjawan
2022 diterima dan disokong oleh Dato’ Othman Bin Omar (O062).
7.8 Mesyuarat bersetuju menerima Anggaran Belanjawan 2022 seperti
dibentangkan di muka surat 85 hingga 95 dalam buku Laporan Tahunan
2021.
Makluman
8.0 MELANTIK JURUAUDIT BAGI TAHUN 202
8.1 Bendahari Kehormat memaklumkan bahawa di bawah Fasal 16(a)(vii)
Undang-Undang KGPA, pelantikan juruaudit bagi sesuatu tahun kewangan
perlu dibentang untuk persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam
hubungan ini, Jawatankuasa Am memperakukan supaya firma juruaudit
bertauliah, Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co dilantik semula sebagai
juruaudit KGPA bagi tahun 202 dengan bayaran sebanyak RM8,000.
8.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co
dilantik semula sebagai juruaudit KGPA bagi tahun kewangan 202 dengan
bayaran sebanyak RM8,000.
Tindakan:
Bendahari Kehormat
9.0 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL DAN HAL-HAL LAIN
9.1 YBhg. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat memaklumkan bahawa sehingga
tarikh mengemukakan usul ditutup pada 23 Julai 2022, beliau tidak
menerima sebarang usul pindaan undang-undang daripada ahli. Oleh hal
yang demikian, Mesyuarat Agung Tahunan kali ini tidak ada perbahasan
usul pindaan undang-undang daripada ahli.
9.2 YBhg. Dato' Sri Setiausaha Kehormat seterusnya memaklumkan untuk
‘Hal-Hal Lain’, Kelab telah menerima sebanyak lima (5) cadangan daripada
Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) dan satu (1) cadangan daripada Puan
Rahimah Binti Yeop (R246). Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti
berikut:
9.2.1 Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) mencadangkan supaya slot 7 2II
7LPH yang dikhaskan buat Presiden/Kapten/AJK Am dapat
dikurangkan kepada bilangan yang munasabah. YBhg. Dato’ Sri
Setiausaha Kehormat mengucapkan terima kasih atas cadangan
yang dikemukakan. Perkara ini akan dibawa kepada Ahli
Jawatankuasa Am yang baharu untuk diteliti.
21

