Page 28 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 28
6.1 Bendahari Kehormat telah membentangkan Laporan Kewangan, Penyata
Akaun Beraudit dan Kunci Kira-Kira Berakhir pada 31 Disember 2019
seperti terkandung di muka surat 71 hingga 97 dalam buku Laporan
Tahunan 2019.
6.2 Bendahari Kehormat telah membentangkan Laporan Kewangan, Penyata
Akaun Beraudit dan Kunci Kira-Kira Berakhir pada 31 Disember 2020
seperti yang terkandung di muka surat 43 hingga 68 dalam buku Laporan
Tahunan 2020.
6.3 Bendahari Kehormat telah membentangkan Laporan Kewangan, Penyata
Akaun Beraudit dan Kunci Kira-Kira Berakhir pada 31 Disember 2021
seperti yang terkandung di muka surat 57 hingga 82 dalam buku Laporan
Tahunan 2021.
6.4 YBhg. Tan Sri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim (N003) memohon
penjelasan berhubung kedudukan kewangan Kelab.
6.5 Bendahari Kehormat menjelaskan bahawa pada tahun 2019, Kelab
mengalami kerugian sebanyak RM3.3 juta. Walau bagaimanapun, pada
tahun 2020, Kelab memperoleh keuntungan sebanyak RM2.3 juta.
Menjelang tahun 2021 pula, Kelab sekali lagi mengalami kerugian sejumlah
RM1.6 juta.
6.6 YBhg. Dato’ Abdul Razak Bin Idris (R056) memohon penjelasan lanjut
mengenai sebab-sebab berlakunya kerugian terhadap kewangan Kelab
pada tahun 2019 dan 2021.
6.7 Bendahari Kehormat menjelaskan bahawa pada tahun 2021, Kelab mula
beroperasi semula pada bulan Ogos 2021 selepas tamatnya tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat negara berhadapan dengan
gelombang pandemik Covid-19. Pada ketika itu, pendapatan utama Kelab
hanya bergantung kepada yuran bugi dan yuran padang sahaja. Bendahari
Kehormat turut menjelaskan bahawa Kelab terikat dengan komitmen
hutang pinjaman kerajaan pada tahun 2021, namun bayaran terakhir
telahpun dilangsaikan pada tahun tersebut.
6.8 Tuan Haji Mohd Salleh Bin Bakar (S363) mencadangkan agar Ahli
Mesyuarat dapat mengesahkan bajet tahunan bagi tahun 2020 dan 2021
memandangkan Mesyuarat Jawatankuasa Am tidak dapat dilaksanakan
sepanjang tempoh tersebut.
6.9 YBhg. Tan Sri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim (N003) mencadangkan
Laporan Kewangan, Penyata Akaun yang telah diaudit dan Kunci Kira-Kira
Berakhir Pada 31 Disember Bagi Tahun 2019, 2020 dan 2021 diterima dan
disokong oleh Encik Aik Siaw Kong (A059).
19

