Page 24 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 24

1.3    YBhg.  Tan Sri Pengerusi memaklumkan bahawa  KLJKOLJKW Mesyuarat
                                  Agung Tahunan pada kali ini adalah pengundian bagi memilih seorang (1)
                                  Kapten Kelab dan enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Am untuk sesi 2022-
                                  2024. Ahli-Ahli Jawatankuasa Am yang sedia ada telahpun memegang
                                  jawatan selama empat (4) tahun. Hal ini kerana, Mesyuarat Agung Tahunan
                                  yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 terpaksa ditangguhkan akibat
                                  pandemik Covid-19 yang melanda hampir di seluruh negara.

                           1.4    YBhg. Tan Sri Pengerusi memaklumkan bahawa berdasarkan Fasal 21(b)
                                  Undang-Undang KGPA, Ahli-Ahli Jawatankuasa Am hendaklah dipilih atau
                                  dilantik oleh Presiden untuk tempoh dua (2) tahun sahaja. Oleh itu,
                                  daripada 18 orang Ahli  Jawatankuasa Am, hanya tujuh (7) orang sahaja
                                  yang perlu dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan iaitu  seorang (1)
                                  Kapten Kelab dan enam (6) orang Ahli Jawatankuasa Am. Manakala, Ahli-
                                  Ahli Jawatankuasa yang lain adalah secara lantikan, kecuali satu daripada
                                  dua jawatan Timbalan  Presiden yang secara automatik disandang oleh
                                  Datuk Bandar Kuala Lumpur.

                           1.5    YBhg. Tan Sri Pengerusi selanjutnya memaklumkan  bahawa  sehingga
                                  tarikh pencalonan ditutup pada 27 Julai 2022,  pihak  Pengurusan  KGPA
                                  telah menerima sebanyak 21  pencalonan iaitu tiga (3) pencalonan  untuk
                                  jawatan Kapten Kelab dan 18 pencalonan untuk  Ahli Jawatankuasa Am.
                                  Bilangan ahli yang ramai masuk bertanding pada kali ini  telah
                                  mencerminkan  bahawa mereka  berani tampil menawarkan diri untuk
                                  memberi sumbangan  dan menabur bakti kepada KGPA. YBhg. Tan  Sri
                                  Pengerusi berharap agar ahli-ahli yang berkelayakan mengundi membuat
                                  pilihan yang tepat supaya calon-calon yang dipilih nanti mampu untuk
                                  memikul tugas, amanah dan tanggungjawab demi KGPA.
                                                                                       Makluman

                    2.0    PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA AM SESI 2022-2024

                           2.1    YBhg. Tan Sri Pengerusi memaklumkan bahawa sehingga tarikh tutup
                                  pencalonan yang ditetapkan pada 27 Julai 2022, sebanyak 21 pencalonan
                                  telah diterima iaitu tiga (3) pencalonan bagi jawatan Kapten Kelab dan 18
                                  pencalonan  Ahli Jawatankuasa Am.  Borang-borang pencalonan tersebut
                                  telah disemak dan  didapati memenuhi syarat-syarat  yang ditetapkan.
                                  Borang-borang pencalonan turut dipamerkan di papan kenyataan KGPA.

                           2.2    YBhg. Tan Sri Pengerusi seterusnya  mempersilakan  calon bagi jawatan
                                  Kapten Kelab untuk tampil memperkenalkan diri. Calon-calonnya adalah
                                  seperti berikut:

                                  (i)    Prof. Madya Dr. Nordin Bin Mamat
                                  (ii)   YBhg. Datuk Wira Jahaya Bin Mat
                                  (iii)  YBhg. Dato’ Abdul Razak Bin Idris








                                                                                                              15
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29