Page 27 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 27
5.3 YBhg. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat telah membentangkan Laporan
Tahunan Jawatankuasa Am dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil Tahun
2021 seperti yang terkandung di muka surat 17 hingga 53 dalam buku
Laporan Tahunan 2021.
5.4 Tuan Haji Mohd Salleh Bin Bakar (S363) memohon penjelasan bahawa
beliau telah merujuk kepada buku Laporan Tahunan 2021, tiada sebarang
minit mesyuarat yang dicatatkan dalam Laporan Ahli Jawatankuasa Am.
Beliau turut memohon penjelasan lanjut mengenai tujuh (7) orang Ahli
Jawatankuasa Am termasuk jawatan Kapten Kelab yang sepatutnya
dibubarkan pada tahun 2020, namun jawatan mereka masih dikekalkan
sehingga tahun 2022. Oleh hal yang demikian, mereka secara tidak
langsung telah menyandang jawatan tersebut selama empat (4) tahun dan
ianya bercanggah dengan Fasal 21(b) Undang-Undang KGPA. Susulan itu,
beliau mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Am dapat mengesahkan
perkara-perkara tersebut supaya segala keputusan yang dibuat oleh Ahli
Jawatankuasa Am sepanjang tahun 2020-2022 boleh diterima pakai dan
tiada sebarang isu berbangkit di kemudian hari.
5.5 YBhg. Dato’ Sri Setiausaha Kehormat menjelaskan bahawa semenjak
tahun 2020, kita masih berhadapan dengan era pandemik Covid-19. Oleh
kerana itu, Mesyuarat Jawatankuasa Am dan Mesyuarat Agung Tahunan
tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020. Walau bagaimanapun,
Mesyuarat Penyelarasan tetap diadakan dan Minit-Minit Mesyuarat
Penyelarasan juga telah mendapat pengesahan daripada Presiden secara
RQOLQH Pelaksanaan tugasan di Kelab turut dijalankan secara berterusan
sepanjang tempoh tersebut. Beliau turut menjelaskan bahawa, FRQWLQXLW\
bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Am telahpun mendapat pandangan dan
persetujuan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bagi
menyambung tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Am sehingga Mesyuarat
Agung Tahunan dapat dilaksanakan.
5.6 YBhg. Tan Sri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim (N003) mencadangkan
Laporan Tahunan Jawatankuasa Am dan Jawatankuasa-Jawatankuasa
Kecil Tahun 2019, 2020 dan 2021 diterima dan disokong oleh Datuk Md
Nor Bin Atan (M103).
5.7 Mesyuarat menerima Laporan Tahunan Jawatankuasa Am dan
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil Tahun 2019, 2020 dan 2021.
Makluman
6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA AKAUN DAN KUNCI KIRA-KIRA
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER BAGI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021
18

