Page 32 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 32

operasi kolam renang masih dikekalkan pada jam 9:00 pagi kerana
                                         sebenarnya di antara jam  7:00 pagi hingga 9:00 pagi kerja-kerja
                                         penyelenggaraan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perkara ini
                                         akan diteliti semula.

                           9.2    YBhg. Tan Sri Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas pembentangan
                                  hal-hal lain oleh Encik Zulkifli Bin Zakaria (Z077) dan Puan Rahimah Binti
                                  Yeop (R246). Beliau turut memaklumkan bahawa  Jawatankuasa Am
                                  mengambil perhatian terhadap segala  cadangan yang dibangkitkan dan
                                  tindakan susulan akan diambil sewajarnya.

                                                                                      Makluman


                    10.0  PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA AM SESI 2018-2022

                           10.1   YBhg. Tan Sri Pengerusi memaklumkan bahawa Undang-Undang KGPA
                                  menetapkan komposisi Jawatankuasa Am adalah terdiri daripada 18 orang
                                  ahli. Daripada 18 orang ahli, hanya satu (1) jawatan sahaja yang tidak perlu
                                  dipilih atau dilantik, iaitu jawatan Timbalan Presiden yang secara automatik
                                  disandang oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.  Manakala, Ahli-Ahli
                                  Jawatankuasa Am yang lain perlu dipilih atau dilantik setiap dua (2) tahun.

                           10.2   YBhg. Tan  Sri Pengerusi seterusnya memaklumkan  bahawa Ahli-Ahli
                                  Jawatankuasa Am yang sedia ada ini telah memegang jawatan  untuk
                                  tempoh  empat (4) tahun. Oleh itu, barisan Ahli Jawatankuasa Am  yang
                                  sedia ada ini akan terbubar sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan ini
                                  ditangguhkan.

                           10.3   YBhg. Tan Sri Pengerusi turut mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Am sesi
                                  2018-2022 mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan
                                  serta sokongan yang diberikan  oleh ahli-ahli dan seluruh warga Kelab
                                  sepanjang  mereka  memikul amanah  dan tanggungjawab sebagai Ahli
                                  Jawatankuasa Am KGPA.

                                                                                      Makluman


                    11.0  KEPUTUSAN UNDIAN PEMILIHAN AHLI  JAWATANKUASA AM SESI 2022-
                           2024

                           11.1   YBhg. Tan  Sri Pengerusi telah mengumumkan  keputusan rasmi undian
                                  pemilihan seorang (1) Kapten Kelab bagi sesi 2022-2024, seperti berikut:

                                  (i)   Prof. Madya Dr. Nordin Bin Mamat              -  123 undi












                                                                                                              23
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37