Page 10 - Laporan Tahunan 2022 KGPA
P. 10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

        Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-
        Ahli Jawatankuasa Am dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil yang telah
        menunjukkan kegigihan dan komitmen tinggi dalam memastikan KGPA      Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali
        memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli.                             Presiden KGPA

        Ekspetasi ahli yang terus meningkat telah memberi cabaran kepada Kelab untuk terus menambah baik lapangan golf,
        kemudahan-kemudahan dan fasiliti yang disediakan serta mutu penyampaian perkhidmatan Kelab. Mengimbas kembali
        pencapaian dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022, jelas sekali bahawa segala inisiatif yang
        telah dicapai adalah untuk memenuhi kehendak dan ekspetasi ahli. Dalam masa yang sama, inisiatif-inisiatif tersebut
        telah turut melonjakkan imej dan populariti KGPA sebagai destinasi pilihan kepada pemain golf.


        Justeru, KGPA sentiasa mengorak langkah dan meningkatkan perkhidmatan kepada pemain-pemain golf melalui sistem
        WDGELU XUXV \DQJ H¿ VLHQ  EHULQWHJULWL GDQ PHVUD SHODQJJDQ


        Pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa usaha padu, sumbangan dan komitmen warga kerja KGPA
        yang telah menggembling tenaga dengan tidak pernah mengenal letih dan erti jemu untuk memberikan yang terbaik
        pada setiap masa. Terima kasih turut dipanjangkan kepada ahli-ahli KGPA yang sentiasa memberikan kerjasama dan
        menyokong perlaksanaan polisi, program, inisiatif dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

        Saya berharap kegigihan, komitmen, semangat kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli-ahli Kelab, Jawatankuasa
        Am dan warga kerja KGPA akan terus subur bagi mengharungi persekitaran masa depan yang lebih dinamik, lebih
        mencabar dan lebih kompleks.


        Terima kasih.

        Wasalam.














         TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI
                   Presiden KGPA






                                                                                                               1
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15