Page 7 - Laporan Tahunan 2024 KGPA.pdf
P. 7

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
            Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

            Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
            dan terima kasih kepada semua  Ahli Jawatankuasa  Am dan
            Jawatankuasa Kecil atas dedikasi serta komitmen tinggi dalam
            memastikan perkhidmatan terbaik kepada ahli Kelab Golf
            Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA).


            Kejayaan dan pencapaian KGPA hari ini adalah hasil usaha bersama yang terancang dan berterusan. Usaha menaik
            taraf kemudahan kelab, termasuk pembinaan gimnasium yang telah siap dan digunakan sejak 1 November 2024,
            membuktikan kesungguhan kita menyediakan fasiliti bertaraf tinggi untuk ahli. Penambahbaikan berterusan ke atas
            lapangan golf juga meningkatkan lagi pengalaman permainan yang lebih selesa dan berkualiti.


            Saya yakin pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh imej KGPA di mata ahli, malah menarik perhatian pengunjung
            luar, sekali gus mengangkat nama KGPA sebagai destinasi utama golf di peringkat tempatan dan antarabangsa.

            Marilah kita terus mengekalkan semangat kerjasama, profesionalisme, dan berkhidmat demi membawa KGPA ke
            tahap yang lebih gemilang.


            Sekian, terima kasih.


















             TAN SRI WAN DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ
                        Presiden KGPA







                                                                                                               1
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12